Amalan di bulan Rejab

Amalan di bulan Rejab



Assalamualaikum semua...

Sedar atau tidak, kita semakin menghampiri Ramadan yang sentiasa ditunggu-tunggu saban tahun. Menjelang masuknya waktu maghrib hari ini, Ahad 22 Januari 2023 bersamaan 29 Jamadilakhir 1444H, maka tibalah kita ke bulan Rejab, bulan yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antaranya, pada bulan Rejab inilah berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj, salah satu mukjizat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad s.a.w.

Bulan Rejab ini merupakan bulan ketujuh mengikut taqwim hijrah dan merupakan antara empat bulan-bulan haram dalam Islam, iaitu bulan yang dimuliakan dalam Islam dan diharamkan berlakunya peperangan atau pembunuhan. Bulan-bulan tersebut termasuklah Muharam, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Dalam bulan rejab ini, kita disunatkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan sunat, antaranya :

  • berdoa
  • berpuasa
  • bersedekah
  • solat-solat sunat
  • membaca al Quran
  • berzikir

Antara doa yang anda boleh kita amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Maksud : Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.  [HR Baihaqi]

Jom sama-sama kita tingkatkan amal soleh kita di bulan yang mulia ini, sebagai bekalan dan persediaan kita bertemu Ramadan nanti.


Ustazah Huda,

Ahad, 22 Januari 2023



 

2 Comments

  1. Alhamdulillah. Salam 1 Rejab Ustazah Huda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita dapat gandakan amal soleh sebelum bertemu Ramadan, insya-Allah.

      Delete
Previous Post Next Post